Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, July 9, 2009

Siapakah Abdul Hadi







Assalamualaikum

Dari hari tu nak cerita pasal Hadi ni.. Aku tak tau mcm mana nak start ye.. Siapakah dia...Macam ni...

Mak Hadi dulu neighbour Mak Andak.. So, aku kenal Kak Milah ni, sebab dia dtg umah Mak Andak. Dia pon ngikut antar Syiman g Bota last month... Memula aku kenal Kak Milah ni, Hadi baru 2 taun.. Sembang2 dgn dia... dia tanya aku dah baper lama kawen, tak ada anak kan... aku pon bitau la.. masa tu baru dua taun... Then dia ckp.. takper baru 2 taun...akak 12 taun tunggu baru dpt Hadi ni.... mak aih.. lama kan ?? Lepas tu, aku tak ada la jumpa2 lagi..sampai la masa g Bota aritu... baru jumpa balik...
Hadi dah 5 taun.. Aku tak tau la mcm mana kalau aku yg dapat Abdul Hadi tu sebagai anak..sejuk perut Kak Milah ngandungkan dia... Dia tau dia mengandungkan Hadi masa dia dah nak berlepas g Mekah... Dia redha je, tawakal g Mekah di awal kandungan tu..
Korang tengok muka Hadi tu, apa korang agak korang leh dpt dari budak umur 5 taun mcm tu...
Aku nanges 1st time dengar dia baca Fatihah berlagu.. bertaranum.. betul taajwid dan makhrajnya... naik meremang bulu roma aku korang tau... Cakapnya berlapik.. tersusun.. Dia tgh hafaz surah Al-Wa'qiah... aku pon tak hafal korang tau... bagus betul Kak Milah didik Hadi.. Dia kata.. kesedihan 12 tahun menunggu, terubat bila dpt Hadi.. Tak harap lagi yg lain dah katanya...
Masa kat resort tu, byk nasihat Kak Milah kasi aku. Suh aku kuatkan semangat.. Kalau dia boleh tunggu sampai 12 tahun, apa sgt la aku yg baru 5 tahun ni kan... org mcm dia je yg tau mcm mana aku punya rasa teringin nak peluk zuriat sendiri.. huhuhu !! Bagi aku pulak, selagi suami aku leh sabar, tak ungkit pasal kami yg belum ada anak, aku bahagia... harap sgt ni.. :)... tapi kalau esok lusa dia kata dia nak kawen lain ... apa aku nak jawab ye ? hish..na'uzubillah.. mintak jauhkan la ye...
Korang tengok pic kat atas tu.. Semua org diam tengok dia baca doa selamat untuk pengantin.. Semua org mcm terpaku.. budak sekecik tu baca doa selamat... Hadi.. Hadi... Sebelum balik tu. aku ambik gambar, peluk dia.. dgn harapan suatu hari nanti Allah makbulkan doa aku nak dpt zuriat .... kalau dengar dia bagi nasihat... dengar dia bercakap...korang tak sangka dia baru umur 5 tahun...
Buat Kak Milah & Abg Haris bertuahnya kalian kerana dikurniakan cahaya mata yg sempurna sepertinya... berbaloi penantian selama 12 tahun....
p/s : aku emo...

2 comments:

shiemz said...

"Tuhanku, berilah kepadaku dari sisimu keturunan (anak) yang baik, sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat mendengar doa"
(Surah Ali Imran 3:38)
Banyakkan berdoa... InsyaAllah, Allah makbulkan.

::YanN:: said...

Mekasih Shiem... aku doa la ni...huhuhu ! Ko doa kan aku skali yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...