Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

Lilypie Angel and Memorial tickers

Thursday, June 25, 2009

Getting better

Alhamdulillah.. tadi aku g check balik blood pressure, dah turon dah sket..
133/84 mmHg. Nak kasi turun normal balik 120/80 mmHg. Haih, harap2 boleh turun lagi.. takut erk kalo ada darah tinggi.. Aku takmo kena stroke muda2.. huhuhu !!

Mekasih kengkawan yg kasi advice ye.. Insya Allah, akan ku buang perasaan marah itu jauh2...
Nanti aku nak buat entry pasal Abdul Hadi Bin Haris.. kejap2 lagi aku update ye.. Skang ni bz sket..

Wednesday, June 24, 2009

Dan Sebenarnya...

Sakitkah aku ? Yer.. aku sakit ... ni susulan entry aku terpengsan kat Giant..
Aku g buat check-up.. sebab kepala aku sakit tak baik2 lagi...
And what i found out.. Aku ada high blood pressure . Lepas check, doc kata aku punya reading is 155/91 mmHg. Aku bukan kena YOUNG HYPERTENSION.. aku cuma ada high blood pressure bila masa2 tertentu...
So, kena rehat.. kena control my diet.. kena kurangkan berat badan.. kurangkan garam, lemak ..etc...


Kenapa aku kena high blood pressure ? Ye, aku penat.. dan ye.. aku tertekan.. stress... keadaan emosi yg agak bercelaru dan tidak stabil kebelakangan ini....


note : kepada insan yg menyumbang "tekanan" dalam hidup aku.. sila lah tambah tekanan lagi kat aku kalau rasa nak aku mati cepat !!

KELEBIHAN BULAN REJAB

HAN BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

-Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

-Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

-Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

-Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

-Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah.

Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

-Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
-Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

-Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada Matahari seribu kali.

-Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
-Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh denganMalaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulanRejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Monday, June 22, 2009

Sakitkah Aku ??

Citernya terjadi hari Sabtu lepas... kan entry yg aku bebel2 pasal adik aku yg demam tapi manja kemain tu kan.. Abah kol ptg Jumaat tu, bgtau adik aku bukan kena demam biasa.. Demam luarbiasa la ye.. So, aku terkesian la dengar, sebab aku kan baru je meluah perasaan geram kerana manja tak hengat dia tu..

Abah kata dia sampai lebih kurang pukul 6 pagi hari Sabtu. Dia gerak kul 3 pagi lepas ambik adik aku yg lagi sorang kat KTM. Dia balik cuti dari Kelantan 3 minggu. So, aku balik hari jumaat tu.. budak sakit tu dah makan siap, dia makan ubat, pastu nak tido katanya.. Tapi masa tido tu dia asik terkejut2 je mcm mimpi.. pastu dia bangun.. aku tanya dia kata, dia rasa ada org nak terkam dia..mimpi kena kejar la.. kesian.. Aku naik tido kul 2am, pas budak sakit tu betul2 tido.
Pastu, aku plak yg tak lena tido.. biasala kan, bila kita menunggu org, rasa mcm tu la.. Terjaga2, tengok jam, tapi tak smpi2 lagi...Abah sampai sharp kul 6am.

Aku trus bangun la.. tak tido dah pastu. Pas sarapan, abah ajak g Giant. Masa kejadian ni, huby aku takder.. dia keje sabtu ahad.. ada katering....Abah nak beli barang sket. Kuar kul 10am.. carik barang lebih kurang, kul 11am mcm tu nak gerak balik dah la. Aku jalan dgn mak aku, berpegangan tangan, gembira2.... Budak sakit tu ngan abah aku, tolak troli g parking. Sebelum kuar kat main entrance giant tu, aku singgah Secret Recepi, nak bungkus Carrot Slice... Lepas bayar suma... betul2 kat entrance Giant tu, aku rasa sejuk dari kaki, naik atas.. rasa dada aku berdegup laju, aku ckp kat mak aku .. " MAK, KITA RASA NAK JATUH LA"... pastu aku tak sedar apa... gelap je....

Aku tersedar, dengar suara org ramai2, dengar suara mak panggil aku... rasa sakit kat pipi...
Aku tanya mak aku...

Aku : Kenapa ni mak ?
Mak : Ko jatuh la.. kenapa ni ?

Mamat 1 : Kereta kat mana ni ? Boleh saya bantu
Mak : Takpe .. bapak dia ada ni...

Indon cleaner : Kak, kepala dia terhentak kot kak.. kuat tadi bunyi nya. Dia terpeleset tu..
Mak aku : Mana ada terpeleset ni, dia kan berdiri atas carpet...

Mamat sorang lagi : Kak, pitam ni tak makan tengahari ke (sambil tengok jam), eh bukan.. akak tak makan pagi ke..

Pastu abah aku sampai, terus naik keta balik umah. Abah tanya aku kenapa, aku pon tak tau nak ckp.. sebenarnya, aku penah jadi gini.. rasa seram sejuk, ilang pandangan ... mcm nak pitam la kan.. tapi tak penah sampai jatuh ke apa... kalau kena camtu, aku kelip2 mata, aku bukak mata, dah ok balik dah... ni sampai jatuh...seriau aku...

Aku tanya mak aku...

Aku : Camner ye kita jatuh mak...?
Mak : Ko tertiarap..sian ko... mcm superman...(chait..jahat mak ni )

Tetiba adik aku sound.."ko tanya camner ko jatuh kak ? Mcm nangka busuk la..mcm apa lagi..."
Wah ko.. dah sehat.. kemain ko ngata aku kan... Aku wat conclusion sendiri mengatakan bahawa aku tak cukup rehat.. sejak sebulan lepas..sampai abesnya majlis kawen syiman... tetiba minggu selepasnya budak manja tu sakit...tu la aku rasa aku tak cukup rehat....

Dah sampai umah, baru aku rasa sakit.. bengkak tang mata.. mcm kena tumbuk, tapi yg sakit benar kat tulang pipi... kat rahang pon sakit.. nak gelak, nak bukak mulut besar pon sakit...


Tengok ni, bengkak kan mata ngan pipi aku..rasa mcm kena tumbuk je...


Selepas 2 hari.. gambar hari ni..pas lunch.. bengkak dah susut.. tapi masih ada lebam....
Skang ni aku tertanya.. SAKITKAH AKU NI ?



Friday, June 19, 2009

== Contest Model Bertudung ==

Contest ni bermula pada 17 june(esok..so sempat snap gambar arini)
tutup pada : 30 june 2009 @ 2 petang..keputusan akan diumumkan pada 1 july 2009

ok..seperti biasa..semua dah sedia maklum..setiap pertandingan mesti ada syarat2 nyer kan...so..check it out...

Syarat2nya adalah seperti berikut:

1. Add blog ummie_mirahaziq di bloglist anda dan menjadi FOLLOWER ummie_mirahaziq

2.Upload banner contest kat sidebar anda

3.Buat entry khas ngan tajuk " Model Bertudung" & upload gmbr anda.- model boleh sesiapa sahaja..anda sendiri..anak...suami..adik..kakak..ibu..ayah..nenek..

- Jenis tudung yang boleh di modelkan adalah tudung ekin,selendang,ariani,selendang siffon,munawarah,syiria,shawal,tudung aziha n latest tudung bawal ler...

4. Dalam entry itu pastikan anda link kan ke ummie_mirahaziq..Bila dah siap..tinggalkan komen di entry ini.

5. Pemenang akan dipilih berdasar kan dan gambar yang kreatif dan menarik..

6. Hadiah untuk pemenang..adalah koleksi tudung...

PERINGATAN : Pastikan hanya satu gambar sahaja ntuk satu penyertaan.. jadi...tunggu apa lagi...jangan lepaskan peluang ini...

takde anak ye.. diri sendiri join contest...

jenis tudung : Tudung Ekin


budak demam..cepatla baik...Siler jgn mengada2...


citer pasal adik aku demam ni..warded kat spital sg buloh... doctor kata kena denggi.. tapi dah ok dah..cuma dia demam skang tak baik2... bawak g klinik swasta, doctor kata kena demam virus.. apakah itu ?? dah kuar ward, dia dok umah aku la ni.. ganti spital lak...

virus pon dah pandai skang. Mak abah aku dtg hari selasa, khamis ptg dorang balik semula ke kg. Mlm ni adik aku yg kat kelantan balik cuti 2 minggu, so abah decide nak dtg balik hari sabtu pagi. Budak sakit ni manja kemain.. aku dah sound dah, "mak abah ada, bleh la ko nak merengek bagai ye.. ni mak dah balik, ko jgn nak sms aku memalam suh turun bawah picit2 ko.. aku pon penat ok... "

Doctor sound.. " eh, dah bujang pon, takkan bawak abah dtg g klinik temankan "... huhuhu.. kalo aku, sgt malu ok.. aku sanggup sorok kepala dlm tanah, mcm burung kasawari...

apa2 pon, siler jgn mengada2..makan ubat ikut time ye.. aku tak kuasa nak layan ko mcm baby kecik... pastu, siler jgn ngadu kat abah mcm2 ye.. aku tak kuasa nak jawab tipon abah tetengah malam... & dengar abah tanya " adik ko ok tak ? ko tengok2 kan dia tak "....
hello... yg sakit tu dah 23 umurnya... bukan baru 2-3 bulan ok.. aku sgt stress yee.....

p/s : emo lagi pagi2 ni....



Tuesday, June 16, 2009

Abdul Syahiman + Nur Khasahanim...PART 3

Ni sambungan lagi.. minggu 06/06/09 kenduri kat Perak kan... so 13/06/09 ni, belah lelaki kat Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam plak.. Aku ambik cuti 2 hari.. Khamis & Jumaat. Nak siapkan 600 bijik muffin yg mak andak suh buat. Memula mak aku janji nak dtg hari khamis ptg tu, aku excited la kan..nanti ada org nak tolong packing muffin aku tu.. skali tak jadi dtg plak.. abah tak sehat.. so, aku kesedihan dan keseorangan.. huhuhu..

Tapi... sib baik Kak Linda call.. Nak dtg tolong.. Mak su ngan syidi skali dtg.. Mekasih la bebanyak sebab sudi tolong ye.. Aku siap buat muffin tu hari Jumaat , kul 7.00pm. Pas Maghrib, angkut semua muffin g umah mak andak ..sebab tak abis packing lagi.. Sian ngan husband aku..tak dpt cuti.. ada katering 1000 org mkn kat putrajaya.. so, dia takleh la sesama kitaorg memeriahkan majlis.. huhuhu... Mlm tu, mas ngan ejam dtg skali..rajin awak ye mas.. bawak pau panas lagik... aku ngan mak su tolong bubuh telor kat bunga telor.. Tok besah, mak cik2 lain siapkan paper bag utk tetamu...

Family dari Endau & Mersing semua turun, ada beberapa org je la yg excuse... Yg dari Perlis pon ramai gak dtg. Dorang tido umah syidi, separuh tido umah mak andak.. Pak busu ngan mak yam tido umah aku... Pagi ahad, kitaorg tak aci..dtg lambat umah mak andak..hehehe... kul 11.30am aku sampai... Dah janji ngan Syiman, 11.30am tu dia nak g ambik aku g umah mak mertua dia.. nak mekapkan Anim, pantin pompuan nya..

Skang ni kan musim jerebu + panasnya suma kan.. Aku satu calit mekap pon tak pakai.. panas sgt.. Ngan naik ruam satu badan.. ngan peluhnya.. huhuhu... sadiss.... Sampai umah Anim, trus mekapkan dia.. tetiba.. ujan turun dgn sangat lebat... hujan rahmat kan.. Tapi mak mertua syiman kata, ada pengantin makan dlm periuk...pasal tu ujan.. tu mitos negeri mana la tu..hehehe...

Since dah ujan, syiman tak jadi antar aku.. aku terpaksa ikut rombongan pengantin pompuan.. nasib la..hehehe.... Dlm gerimis2 tu kitaorg berarak. Belah laki takder pelamin bagai, trus makan damai je... Aku tolong layan sket2, pastu aku makan... gambar pon tak ambik byk sgt. Laki aku takder nak tolong ambikkan .. tk cukup tangan ler...

Tetapi akhirnya, semuanya berjalan lancar.. seperti yg dirancangkan. Majlis setel dlm pukul 4.30pm mcm tu.. Nasik lauk suma cukup... tak kurang, tak lebih.. Aku agak emo hari itu.. pada sesiapa yg tau , terima kasih sebab memahami. Aku tak sengaja nak nangis dihari bahagia korang.. Mak Anjang , Mak Arah..mekasih atas nasihat... thanks for everything.. Mak andak, mekasih kasik peluang kat saya utk siapkan muffin, siapkan hantaran ngan mekapkan pengantin...

Enjoy the pic eh...

Muffin yg nak kena siapkan.. vanilla & coklat muffin
Tombam muffin nye...

Ni 1st batch ni
Dah siap packing...

Thanks Syidi & Mak Su yg menolong...
Pas siap mekapkan Anim..huduh betul aku tak mekap lgsg

Sebelum potong kek
Pak Busu + pengantin + Jai (jai dah gemok.. hahaha)
Aku mekapkan putih sgt ke apa ni ?
Belah pantin pompuan
Aku yg kelaparan..menyerang meja pengantin setelah pengantin bangun.. kekeke... Kemain senyum ye mak su

Mastura + Ijam + Hannah Humaira
Aku ngan pengantin.. tengok idung pantin pompuan.. ate, naper di kesat pakai tisu.. kan abes dah comot...
Iqbal comelll... anak mak su ni...
Hadiah.....


Monday, June 15, 2009

Abdul Syahiman + Nur Khasahanim...PART 2

oKEH...Sambung part 2 ye.. The next day.. pagi2, pihak pantin pompuan antar bfast.. sik lemak baper ploh bungkus tah ngan air kopi tarik.. pas makan, kitaorg bergegas ke chalet.. nak mandi kolam..hahahah ! Ada gak yg nak tumpang membuang hajat.. aku ada hati gak nak mandi kolam tapi karang takut air kolam melimpah kuar..so, niat tu aku simpan saje dlm hati..kekeke...
Lps memasing melepaskan hajat utk mandi.. aku balik semula ke rumah tumpangan tu.. sebab baju suma kat situ... Lepas siap semua, kul 1pm mcm tu.. kitaorg pon berarak la sesama pantin laki2 ke umah pantin pompuan... bergambar2..bersanding2... bermakan2... lalala..

Dah siap semua... kami yg dah berlengas tu.. cepat2 nak balik.. nak carik tempat utk melepaskan hajat + semayang + mandi... Pak andak decide ikut jalan dlm.. tak nak ikut hiway.. dengarnya hiway jem ...so... kami pon meneruskan perjalanan sampai la ke teluk intan.. kami betul2 berenti kat masjid depan sekolah teknik teluk intan.

Aku mandi ...sgt sejuknya air tu.. heaven oke... oh, lupa plak.. masa memula gi kan laki aku bawak keta pantin kan, masa balik, keta pantin tinggal. Pantinnya nak g hanimun kat Pangkor... Cargas betul kamu ye syiman..kekeke... Balik tu, laki aku bawak Vios Pak Andak .. Jadi driver ye sayang.. hihihi...
Lepas mandi smayang siap..kami meneruskan perjalanan.. pak andak nak berenti kat stadium sabak bernam..nak belanja makan pecal katanya... so, berenti lah dan makan lah.. lepas tu kami meneruskan perjalanan.. dan disinilah hazab ku bermula.. hwaa.....
Dari sabak bernam.. jalan jem.. sungai besar ..tanjung karang ... jem giler2 ni... kematu buntut aku tau.. lepas ke kuala slangor ..kapar.. meru smua..jem...akhirnya.. sampai meru, laki aku masuk hiway... lalu setia alam, kuar tol USJ... huhuhu... kul 10.30pm sampai umah korang tau...
Kiralah baper jam tu... dari masjid kat teluk intan tu kul 4suku... lepas makan kat sabak bernam tu kul 6.30pm... 4 jam dari sabak bernam nak kuar semula ke shah alam.. gilerr...
lik umah... aku mandi.. trus pensan... terjaga pukul 8.15am esoknya.. mmg tido mati la aku...
huhuhu.. Enjoy the photo yer...

Pengantin berendam.. syiman, kak elin kata apa ? setau kak elin, org yg nak sunat je berendam kasik kecut.. org kawen watpe nak kasi kecut gak..hahaha.. luccah betul kak lin ni...
Sarah ngan abahnya..
Asyraff ngan abahnya gak
Sarah nangis di pujuk shyda.. memula takmo masuk..pastu takmo kuar dari pool lak ye...
Asyraff dah ensem dah ..
Sungai ni betul2 belakang chalet...
Ni la antara barangan hantaran yg aku gubah ye...

Apa jugak kak lin seloroh ngan syiman tu...
Berarak menuju umah panten pompuan

Senyom2 anim tunggu kat situ ye..



Gambar ngan mak pak pengantin laki2.. ni la mak andak ngan pak andak saya
Potong kek...

Aku pon nak gak bergambar ... :P
Haih..bini saper la kecoh benar ni..

Abdul Syahiman + Nur Khasahanim...

Siapakah mereka berdua itu.. apakah kaitan mereka dgn entry ini..
Saspen kunun... hihihi.. Syahiman @ Syiman ni cousin husband aku la...
Entry terdahulu yg aku buat bunga utk dulang hantaran tu kan, dia punya la tu...So.. ari ni aku nak citer masa ngantar Syiman nikah kat Lambor Kiri, Bota Perak.
Tarikh : 06/06/09
Okeh, asalnya Mak Andak kata kami akan bergerak ke Perak tu pukul 2pm..lepas Zuhur. Tapi cancel last minute, dipercepatkan kepada pukul 11am. Memula kitaorg tak dpt booking chalet kat PASIR SALAK RESORT tu..suddenly pihak resort call kata ada kosong 2 bijik chalet. Ada org cancel booking & kitaorg dlm waiting list.
Aku siap awal dah...sempat buat blueberry muffin lagi. 3 jam perjalanan katanya.. Tapi aku terlambat kerana...
laki aku g gunting rambut ... geram betul aku tau.. org yg ada baby kecik sampai awal.. aku yg berdua sampai lambat.. nak muncung2 dah aku time tu.. sib baik mak andak kata " TAKPE... DAH SAMPAI PON DAH"....huhuhu !
Aku diberitahu yg laki aku kena bawak keta pengantin. Maknanya keta kecik kitaorg tu tak yah bawak la kan.
Semuanya ada 6 bijik keta. Aku naik ngan pengantin & barang hantaran sekali tau... bawak kek resepi rahsia dari KL... huhuhu !.. Aku bajet perjalanan akan lancar lah.. tapi al maklumla kan, cuti sekolah.. musim mengawan..suma pakat kawen beramai2..so jalan agak jem... Dorang decide ikut jalan dalam.. Tak jadi lah nak berenti kat Tapah sebab kitaorg masuk tol sungkai..ikut jalan dlm la ye... Aku agak jakun sket tau korang...jumpa nama tempat pelik2..kekeke...!
Berenti rehat + semayang kat Bidor.. aku tak ingat kg apa..tapi kawasan Bidor la... Dlm keta..aku dah mcm apa dah.. rimas + sakit montot..duduk lama dlm keta nko.. So, sampai ke Pasir Salak Resort tu pukul 4pm+++.. baper jam berjalan tuh... dekat 5 jam kan.. huhuhu.. agak hazab aku dlm keta tu..So sesampainya kat sana, check in suma, suma org berlonggok2 dlm umah ala2 ikan sardin..kerana ?? kerana org nya ramai..pastu spacenya kecik kan.. Aku ditinggalkan suami terchenta.. Dia + Pak Andak + Mak Andak + Fdzil + Shyda + Syiman si pengantin menguruskan umah tumpangan yg disediakan pihak pengantin pompuan ye... So, sementara dorang takde, aku pon membawa diri ke swimming pool.. menenangkan fikiran la kunun... bertemankan Kak Elin + Kak Milah..nanti aku citer pasal mereka berdua kat entry lain ye..
Memandangkan Syiman nak nikah mlm itu, aku pon bersiap la kat chalet tu... Mak andak dah bagi2 dah.. umah sebelah untuk Family Kak Elin + Kak Milah.. So, chalet lagi satu untuk mereka2 yg ada anak kecik... aku dgn KECIK hatinya dan tanpa berfikir panjang mengeluarkan kata2 yg agak kebudak-budakan walaupun hakikatnya layak menjadi mak budak... " ABG, MAK ANDAK KATA YG ADA ANAK KECIK BAGILA TIDO SINI, KITA TAK DE ANAK KAN, JOM KITA TURUN BAWAH"... Wah.. terus emo kan..tu la aku ni.... buruk pangai...
Nikah sepatutnya kul 9pm...tapi bila dah ting ting tong tong bagai..lambat gak la.. imam dah sampai, saksinya plak lambat... So, dgn 2 kali lafaz.. selamatla Abdul Syahiman Bin Abdul Rasid menjadi suami kepada Nur Khasahanim Binti Khatan... Lepas tu, acara makan2... lepas makan2 berehat2 dan tido.. aku berdoa supaya tak bangun malam untuk membuang hajat.. ini kerana.. umah tumpangan kitaorg tu takder toilet oke.. hwaa.... (Hanim, kalo awak terbaca tentang ini, akak betul2 sori ye... mmg tak patut takde jamban umah tu.. sib baik la tak de insiden yg tak diingini ye...kekeke)...
On the way ni..aksi gedik syok seniri
Ngan Iqbal Comel kat Bidor masa berenti rehat
Ni lah chalet kat Pasir Salak Resortnya hah

Aku wat aksi kekunun romentik..dlm hati dah nak booking dah tido bilik ni.. mimpi je la ha...
View ni dari tingkat bilik chalet tu
Saya sayang sangat lelaki ini
Kat Pool dgn Kak Linda, Kak Milah & Kak Elin
Swimming POOL
Aku terima nikahnya...
Sarung2 cincin daa...
Duit mas kawen..rm 1000


Aku + iQbal + Pengantin.. laki aku mana tah..
Aku ngan Iqbal lagi...
Aku suka bangat pic ni... nampak kurus okeh..hahaha !
Cik mas + cik nizam pon nak sama... haihh
Pengantin ngan Keluarga Kak Milah + Keluarga Kak Elin
Sambung part 2 ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...